Tuesday, May 17, 2011

Merawat Bayi Kecil Menangis

Kebiasaannya bayi kecil sering menangis tanpa henti pada waktu malam walaupun segala usaha telah dibuat oleh ibu bapa termasuk memeriksa samada sakit perut, lapar dan lain-lain.. Ada yang berpendapat kemungkinan ianya berpunca dari gangguan makhluk halus kepada bayi tersebut. Sekiranya bayi masih menangis setelah segala usaha telah dibuat, maka boleh la mencuba cara ini yang mudah dan insyaAllah bayi akan berhenti menangis dengan izin Allah. Caranya:

1). Berniat memohon kepada Allah untuk memulihkan bayi yang sedang menangis.
2). Baca surah Al-Fatihah 1 kali.
3). Baca Ayat Kursi 1 kali.
4). Selepas baca ayat di atas, jilat sedikit dahi/kening bayi. InsyaAllah bayi akan senyap dengan izin Allah.