Sunday, January 8, 2012

Membuka apa yang terkunci

Assalamualaikum..

Pada pertengahan tahun lalu, saya pernah menggunakan ayat di bawah ini dari surah Al-Fath ayat 1 untuk membuka kunci mangga solex yang telah tersekat sebab terlupa membukanya ketika hendak menunggang motorsikal. Alhamdulilah dengan izin Allah  kunci mangga solex tersebut berjaya dibuka seolah-olah ianya masih baru dibeli sedangkan sebelum itu jenuh saya cuba membukanya tapi nak pusingkan anak kunci pun payah. Ketika sedang fikir macam mana nak bawa motor ke bengkel motor ketika itulah tiba-tiba terlintas dalam hati saya akan ayat tersebut. Namun setelah berjaya dibuka, anak kunci solex itu gagal dicabut dari mangganya. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana telah membantu saya ketika itu. Berikut adalah ayatnya. Selepas ini sesiapa yang mengalami masalah nak buka kunci atau sebagainya bolehlah mencuba dengan membaca ayat ini. Semoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat kepada kita semua, amin..


Maksudnya "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata".