Assalamualaikum..
Ada beberapa orang sahabat saya baru saja membeli kereta baru. Jadi oleh kerana banyaknya kes-kes kecurian kereta berlaku lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Kelang maka sahabat-sahabat tadi ada meminta saya memagarkan kereta mereka. Saya meminta mereka lakukan sendiri kerja memagar tersebut dengan beberapa ayat ruqyah yang mudah.
Juga saya ada memberitahu kaedah paling mudah yang boleh dikatakan hampir semua orang Islam tahu iatu dengan membaca "Bismillahi tawakkaltu 'alallahu wala haula wala khuwwatailla billahil 'aaliiy yil 'azeem " ketika menekan butang lock pada alarm kereta..
Tak ada teknik-teknik tertentu dan apa ayat yang perlu dibaca tidaklah terlalu penting tetapi apa yang lebih penting adalah doa dan tahap kebergantungan kita kepada Allah SWT yakni kita serahkan segalanya kepada Allah..Apa yang pasti tiada yang dapat memberi bekas kecuali Allah SWT...
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts
Monday, April 23, 2012
Sunday, January 8, 2012
Membuka apa yang terkunci
Assalamualaikum..
Maksudnya "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata".
Pada pertengahan tahun lalu, saya pernah menggunakan ayat di bawah ini dari surah Al-Fath ayat 1 untuk membuka kunci mangga solex yang telah tersekat sebab terlupa membukanya ketika hendak menunggang motorsikal. Alhamdulilah dengan izin Allah kunci mangga solex tersebut berjaya dibuka seolah-olah ianya masih baru dibeli sedangkan sebelum itu jenuh saya cuba membukanya tapi nak pusingkan anak kunci pun payah. Ketika sedang fikir macam mana nak bawa motor ke bengkel motor ketika itulah tiba-tiba terlintas dalam hati saya akan ayat tersebut. Namun setelah berjaya dibuka, anak kunci solex itu gagal dicabut dari mangganya. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana telah membantu saya ketika itu. Berikut adalah ayatnya. Selepas ini sesiapa yang mengalami masalah nak buka kunci atau sebagainya bolehlah mencuba dengan membaca ayat ini. Semoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat kepada kita semua, amin..
Maksudnya "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata".
Tuesday, May 17, 2011
Merawat Bayi Kecil Menangis
Kebiasaannya bayi kecil sering menangis tanpa henti pada waktu malam walaupun segala usaha telah dibuat oleh ibu bapa termasuk memeriksa samada sakit perut, lapar dan lain-lain.. Ada yang berpendapat kemungkinan ianya berpunca dari gangguan makhluk halus kepada bayi tersebut. Sekiranya bayi masih menangis setelah segala usaha telah dibuat, maka boleh la mencuba cara ini yang mudah dan insyaAllah bayi akan berhenti menangis dengan izin Allah. Caranya:
1). Berniat memohon kepada Allah untuk memulihkan bayi yang sedang menangis.
2). Baca surah Al-Fatihah 1 kali.
3). Baca Ayat Kursi 1 kali.
4). Selepas baca ayat di atas, jilat sedikit dahi/kening bayi. InsyaAllah bayi akan senyap dengan izin Allah.

Friday, November 19, 2010
Merawat Sihir
Bagi pesakit yang terkena sihir bolehlah menjadikan Surah Yunus ayat 81-82 sebagai zikir setiap lepas solat. InsyaAllah segala sihir akan terhapus.
فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِين. وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82).

Sunday, October 24, 2010
Selawat Al-Fatih
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيَّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ
وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ
وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ
قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ
Fadilatnya:
Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.
Thursday, May 6, 2010
Rawat Diri (DIY)
Setelah melakukan scanning dan mengesyaki terdapatnya jin di dalam tubuh, pesakit bolehlah melakukan sendiri bacaan ruqyah atau mendengar bacaan ruqyah dari CD dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sebelum membaca atau mendengar bacaan ruqyah tersebut, pesakit boleh melafazkan ikrar pemutus dengan jelas dan terang. Ianya ialah doa pesakit yang memohon kesembuhan kepada Allah. Di bawah ini saya sertakan ikrar pemutus seperti yang saya perolehi dari nota kursus. Cuma saya ada tambah sedikit berdasarkan apa yang dilakukan oleh guru saya Ustaz Abdul Majid Hassan seperti yang tertulis di dalam blog beliau. Ikrar pemutusnya begini:-
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, sesungguhnya saya dan mewakili ahli keluarga saya dengan penuh sedar dan insaf mengisytiharkan:
1. memutuskan segala perjanjian atau ikatan yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar ataupun tidak dengan golongan jin sekiranya ada;
2. mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal bagi apa jua jenis jin,
3. mengharamkan semua makanan kami dari dimakan oleh mana-mana jin di dalam tubuh kami. Sekiranya makanan kami tetap juga dimakan oleh mereka, maka Engkau jadikanlah makanan itu sebagai racun bagi mereka, dan
4. kami menegaskan bahawa kami hanya bergantung sepenuhnya hanya kepada Engkau ya Allah, tuhan sekalian alam. AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Ketika mambaca ayat ruqyah, bolehlah letakkan air mineral @ air bertapis untuk minum dan mandi.

Friday, April 23, 2010
Scanning DIY
Kebiasaannya setiap pesakit agak keliru apabila pergi jumpa doktor kerana sesuatu penyakit tetapi doktor memaklumkan pesakit tersebut tidak menghidapi apa2 penyakit. dan setelah berjumpa dengan doktor pakar pula, pesakit tersebut diminta untuk menjalani pemeriksaan tertentu dan hasilnya masih lagi tidak tahu apa puncanya.
Jadi, apa yang berlaku disini berkemungkinan si pesakit tersebut mengalami penyakit yang bukan berkaitan dengan fizikal tetapi berkemungkinan adalah sebab gangguan jin. Disini saya berharap perawat2 yang menjadi member di ruangan ini dapat memberikan teknik/kaedah yang boleh dilakukan oleh pesakit bagi merawat diri sendiri.
Pada peringkat awal, pesakit perlu mengesan gangguan. Antara kaedah untuk mengesan jika terdapatnya gangguan dalam diri ialah dengan melakukan scanning DIY.
Caranya ialah:
Baca:
1). Surah Al Falaq-41 kali, dan
2). Surah An-Nas 41-kali
2). Surah An-Nas 41-kali
Baca kedua-dua surah tersebut tanpa henti. Jika terasa ada apa2 pergerakan dalam tubuh, berkemungkinan ada gangguan mahkluk halus. Bagi gangguan yang berat, pesakit mungkin tidak dapat menghabiskan bacaan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)