Saturday, February 13, 2010

Apakah Yang Dinamakan Racun Santau

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau.
Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin.
Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
JENIS JENIS SANTAU:
Ada 2 jenis santau -
1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat.
Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah.
Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. berubah tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.Sekian.
Dipetik dari laman web Syifa Al-Hidayah

7 comments:

  1. santau hikmat masih sempat dirawat atau tak?

    ReplyDelete
  2. semua penyakit ada ubatnya kecuali mati..insyaAllah masih boleh diubat..

    ReplyDelete
  3. huhu...sudah terlambat..
    dia telah dijemput ILAHI..
    ALLAH lebh menyayanginya..
    al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  4. rumah saya sering dikunjungi lipan.xtau dr arah mn dtg.kadang2 dr lubang air tandas,kdg2 lubang sinki. sy buntu pikirkan. kdg2 t'pikir mngkin ade hasad dengki dpd org lain..coz biasenye jarang2 kita lihat lipan dlm rumah.tp ia sebaliknya,lipan kerap masuk rumah sy.
    tolong bg nasihat dan pndapat anda..or blh sms sy ditalian 0178775468.TQ

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    En Tahar, kebiasaannya lipan masuk pada waktu sejuk seperti waktu lepas hujan atau pada lewat malam. Encik jangan fikirkan bukan-bukan. Mungkin ia hanya lipan biasa. Cuma kita perlu lebih berhati-hati agar keluarga tidak menjadi mangsa serangga tersebut.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ,
    Saya nak share pengalaman saya kena santau sampaila sekarang
    1. Pada mulanya pnyakit saya bermula dari batuk
    batuk kering saya sda kluar duit byk cek darah cek
    kahak cek liur keptusan normal pnyakit ni sda
    saya alami selama 18 bulan 3 minggu
    2. Setelah sembuh batuk saya dengan berubat melalui ustaz dan bomoh sekali gus, penyakit baru datang pada saya , mulanya gatal pada celah celah kelengkang saya tapi peliknya setiap selepas azan maghrib gatal itu sda mula hinggala pada masa saya nak tido saya tidak boleh tido sehinggala bengkak dan gatal ter amat sangat cek doktor hospital keputusan pertama d sebabkan faktor faktor gatal smpai merebak ke miss V saya doktor sahkan saya mengidap penyakit kelamin, bila saya buat rawatan ke sepcilist saya buang lagi duit saya
    Cek darah air mazi saya kencing dan najis semuala keputusan Normal dan tiada apa apa penyakit apatah g penyakit kelamin , saya seksa dengan penyakit ini selama 18bulan 1 minggu saya berubat g dengan ustaz dan bomoh sekali gus saya pulih
    3. Saya ingatkan saya dah pulih sda selam 2 bulan
    Bila saya ingin memulakan perniagaan kompom x jalan dan saya tnya pda org sekitar diorg teda prasan saya ada berniaga di situ
    4. Bila saya datang ke kg suami saya kuala krai saya p berubat ngan org siam ustazah kesan saya dan 2 org kawan saya memang kena santau patung puja


    2org kwn saya pun ada cerita pnyakit yg berlainan
    Lepas tu mana mana ustaz dan bomoh yg ubat kami di gertak ada yg sampai kami d suruh jgn berhubung antara satu sama yang lain

    Itu sahaja cerita pengalaman santau saya 3 tahun lalu hingga la sekarang,,
    Assalammualaikum w.b.t

    ReplyDelete
  7. MOHON BANTUAN RAKYAT MALSIA
    • Assalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang wali/penjaga di badan pesakit, bahagian utama pesakit telah dikunci nak dipulihkan dengan segera.Lokasi Pasir Mas kelntn. Jika saudara tahu dimana tempat rawatan yang berkesan, tolong mesej alamat/tel.no.
    • Tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete