Monday, April 23, 2012

Memagar kereta

Assalamualaikum..

Ada beberapa orang sahabat saya baru saja membeli kereta baru. Jadi oleh kerana banyaknya kes-kes kecurian kereta berlaku lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Kelang maka sahabat-sahabat tadi ada meminta saya memagarkan kereta mereka. Saya meminta mereka lakukan sendiri kerja memagar tersebut dengan beberapa ayat ruqyah yang mudah.

Juga saya ada memberitahu kaedah paling mudah yang boleh dikatakan hampir semua orang Islam tahu iatu dengan membaca  "Bismillahi tawakkaltu 'alallahu wala haula wala khuwwatailla billahil 'aaliiy yil 'azeem " ketika menekan butang lock pada alarm kereta..

Tak ada teknik-teknik tertentu dan apa ayat yang perlu dibaca tidaklah terlalu penting tetapi apa yang lebih penting adalah doa dan tahap kebergantungan kita kepada Allah SWT yakni kita serahkan segalanya kepada Allah..Apa yang pasti tiada yang dapat memberi bekas kecuali Allah SWT...

Sunday, April 22, 2012

Nasihat buat mereka yang diberi ujian oleh Allah

Assalamualaikum wbt..

Allah SWT menguji hamba-hamba Nya sama ada hamba tersebut mampu menghadapi ujian itu dengan sabar atau pun tidak.....juga sebagai kayu pengukur kepada tahap kesabaran kita.....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya)

Ujian yg diturunkan juga adalah salah satu cara utk kita mendekatkan diri kepada Nya....manusia selalu lupa dan leka sehingga jarang utk bersyukur dan mengingati penciptaNya...

Selain itu,ujian juga adlh jalan utk menghapuskn dosa yg telah dilakukan....spt mana sabda Rasulullah SAW “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun pohon yang berguguran.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya)

p/s: kepada sesiapa yang diberikan sakit oleh Allah SWT itu sedarlah bahawa Allah sedang menguji ada. Maka teruslah bersabar disamping berusaha untuk mendapatkan kesembuhan. InsyaAllah akan beroleh kesembuhan dariNya..