Showing posts with label Pengalaman merawat. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman merawat. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Merawat Kes Saka Keturunan

Pada hujung tahun lalu, saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang menyatakan dia tidak tahan lagi kerana sering diganggu oleh jin saka keturunannya. Menurutnya jin tersebut seringkali muncul dalam mimpi dah juga beberapa kali memperlihatkan kelibatnya ketika jaga. Oleh kerana sahabat saya tersebut baru menjalani pembedahan kaki, maka saya pergi ke rumahnya untuk merawat.

Pada kali ini saya tidak memulakan rawatan dengan meruqyah pesakit terlebih dahulu tetapi saya terus menyatakan hasrat saya untuk melakukan teknik travel. Setelah mata diikat dengan kain, saya membacakan Surah Al-Fatihah, Surah Al-An'am ayat 103 dan Selawat Al-Fatih lalu meniupkan ke mata sahabat tersebut sambil di dalam hati memohon Allah membukakan penglihatan batin kepada sahabat tersebut.
Berikut adalah lebih kurang dialog antara saya dan sahabat:

saya: ada nampak apa-apa tak?
sahabat: ada nampak banyak mata
saya: nampak kat bahagian mana?
sahabat: kat bahagian kepala
saya: ok kau tengok apa jadi kat mana-mata tu

(saya kemudian melakukan kaedah baling jin ke arah bahagian kepala sahabat tersebut)

saya: apa jadi kat mata-mata tu?
sahabat: ada lagi
saya: cuba kau baca ayat kursi sambil mohon nak hapuskan jin-jin tu. kemudian hembus ke arah jin-jin tu.
sahabat: tinggal satu je lagi. eh..jin ni bersayap
saya: ok kau tengok ni apa jadi pada jin tu.
(saya kemudian melakukan lagi kaedah baling jin)


saya: apa jadi?
sahabat: dia mengelak. tak kena
(dengan izin Allah ketika ini terlintas di hati saya untuk melakukan vakum masuk dalam botol)

saya: OK kau cuba tengok kali ni apa jadi dengan jin tu.
(saya membacakan Surah An-Naml ayat 30-31 untuk melakukan kaedah tarik sambil memohon kepada Allah untuk menarik jin tersebut ke dalam botol)
sahabat: eh jin tu dah hilang la
saya: cuba tengok lagi sekali ada lagi tak
sahabat: betul takde
saya: cuba tengok dalam botol ni ada tak?
sahabat: ye ada nampak kelibat dalam botol

saya kemudian menutup kembali penglihatan dengan memohon kepada Allah sambil membacakan Surah Yasin ayat 9 lalu meniupkan ke mata sahabat. Ikatan pada mata dibuka.

Alhamdulillah dengan izin Allah jua rawatan keatas sahabat saya tersebut berjalan lancar. Jin tersebut saya telah hantar ke tempatnya yang sesuai dengan izin Allah.

Wednesday, May 26, 2010

Jin Sihir Merangkap Jin Asyik (Part 2)

Pada hari selasa minggu berikutnya saya dan sahabat diminta lagi untuk merawat pesakit tersebut. Masih terdapat banyak lagi jin di dalam tubuh pesakit tetapi tidak dapat dikeluarkan memandangkan kekangan masa pada kali pertama merawat.

Sebelum mula meruqyah, pesakit telah pun kerasukan. Saya terus berdialog dengan jin tersebut manakala sahabat menyediakan air ruqyah untuk diberi minum kepada pesakit. Jin ini agak sombong dengan memperlekehkan saya kerana sebelum ni telah banyak perawat cuba mengeluarkannya tapi gagal. Saya cakap kepada jin tu "belum try belum tau..". Akhirnya setelah menggunakan kaedah rotan jin tersebut bersetuju untuk keluar. Saya memintanya untuk bersumpah dengan nama Allah supaya tidak masuk dan mengganggu mana2 manusia lagi. Pada mulanya jin tersebut tidak mahu bersumpah tetapi setelah di dakwah jin tersebut bersetuju untuk keluar dan saya menghantarnya ke Serambi Madinah.

Setelah menarik keluar, pesakit masih kerasukan tetapi dengan perwatakan lain pula. Ada jin lain pula yang merasuk. Seperti biasa saya dan sahabat akan mendakwah jin tersebut dan dengan izin Allah pada hari itu 5 ekor jin yang telah lama menetap ditubuh pesakit setuju untuk keluar. Rawatan diakhiri dengan menyediakan air ruqyah untuk minum dan mandian.

Saturday, May 1, 2010

Jin Sihir Merangkap Jin Asyik

Pada hari selasa yang lalu saya mendapat permintaan daripada pesakit yang juga merupakan seorang rakan sekerja untuk merawatnya. Sebelum ini rakan saya tersebut telah menemui ramai perawat tetapi masalahnya masih belum berakhir. Jadi pada hari selasa tersebut saya dan seorang sahabat dari Darrusyifa bertolak ke rumah pesakit tersebut selepas Isyak. Setibanya dirumah, terdapat 4 wanita menunggu termasuk pesakit sementara 3 yang lain adalah ibu, adik dan kawan pesakit.

Rawatan dimulakan dengan semburan air ruqyah & bacaan ikrar pemutus. Ketika bacaan ayat-ayat ruqyah dibuat, pesakit telah kerasukan sambil kepalanya terangguk-angguk. Kemudian saya memulakan dialog dengan jin tersebut. Berikut adalah antara dialog dengan jin tersebut:-

Saya: Jadi ini la jin yang selalu ganggu pesakit ini? Engkau agama apa?
Jin: Agama aku sama la macam kau.
Saya: Jadi engkau Islam lah ye. Engkau ni bertuan ke?
Jin: Ehh..mesti la aku bertuan.
Saya: Siapa tuan kau?
Jin: Aku tak boleh cakap la sebab engkau berdua (sambil tunjuk pada saya & sahabat) kenal dia.
Saya: Habis siapa pulak pengupahnya?
Jin: Tak ada siapa upah, tuan aku yang hantar sendiri. Ko bukan tak tau, ramai orang tak suka kat dia ni bla bla bla...
Saya: Sudah aku tak nak dengar apa-apa lagi. Sekarang aku nak engkau keluar dari tubuh pesakit ini.
Jin: Aku tak nak keluar. Aku suka duduk dalam badan dia ni sebab dia suka baca Al-Quran. Anak-anak aku semua tak tau baca Al-Quran. Lagipun dia ni suka kat aku.
Saya: Oh maknanya engkau ni kuat agama jugak la ye. Yang kau duduk kat dalam tubuh dia ni apa pasal? Kau tahu tak kau dah menyakitkan dia. Tak takut kat Allah ke?
Jin: Aku takut...aku takut... tapi dia ni suka kat aku.
Saya: Kalau takut Allah kau keluar la dari tubuh pesakit ni. Mana ada dia suka kat kau. Pesakit ni panggil aku datang sini untuk buang kau. Maknanya dia tak suka kau la. Kau tu perasan je betul tak?
Jin: (tersenyum-senyum malu...)
Saya: Kalau kau tak nak keluar, aku akan azab kau dengan izin Allah.

Saya pun mula menekan beberapa tempat dan membaca ayat-ayat ruqyah. Namun tiada respon dari jin tersebut. Setelah beberapa ketika, sahabat saya mencadangkan suupaya jin tersebut dihantar ke Serambi Madinah. Nasib baik sahabat saya tu teringat tentang Serambi Madinah.

Sahabat: Kalau kau suka sangat dengar bacaan Al-Quran, apa kata kau pergi Serambi Madinah. Kat sana    ada guru agama yang boleh ajar kau mengaji. Tempat tinggal dan makan minum pun ada disediakan. Nak pergi sana tak?
Jin: Bagus jugak tu. Boleh la aku bertaubat ye. Aku nak pergi la.
Saya: Em bagus la kalau kau nak pergi sana. Kau boleh la bawa anak cucu kau sekali.
Jin: Anak cucu aku ikut sekali ye? betul jugak takkan aku nak berjauhan dengan anak cucu aku.
Saya: Ok kalau macam tu kau masuk dulu dalam botol ni nanti aku hantar kau pergi sana. Masukkan tangan kau dalam botol ni.
Jin: (memasukkan jari tangan kanan pesakit ke dalam botol)
Saya: (Melakukan kaedah tarik bagi membantu jin-jin tersebut masuk ke dalam botol)

Setelah menarik jin-jin masuk ke dalam botol, pesakit tersebut terus rebah dan sedar. Adik pesakit yang saya syak mempunyai saka kerana dia ada ilmu mengubat walaupun tidak pernah belajar mengatakan dia nampak ada seakan-akan asap masuk ke dalam botol,Wallahuaa'lam...

Rawatan diakhiri dengan sahabat saya tadi membuatkan air ruqyah untuk minum dan mandi.

Wednesday, March 10, 2010

Merawat Kes Jin Saka

Hari ahad yang lalu saya ke Shah Alam merawat seorang pesakit En A yang sebelum ini mengalami sakit pada bahagian kaki yang membuatkan beliau tidak dapat berjalan. Setelah mendapat rawatan secara moden dan tradisional dari seorang perawat dikampung halaman beliau, kini En A sudah boleh berjalan seperti biasa.

Menurut En. A, penyakitnya sebelum ini adalah disebabkan oleh makhlus halus kerana tidak dapat dikesan dengan perubatan moden. Setelah mendapat rawatan tradisional dari seorang perawat dikampung, barulah ada perubahan pada diri En. A.

Walaupun En. A sudah pulih seperti biasa setelah beberapa bulan mendapakan rawatan, beliau masih dapat rasa ada pergerakan di dalam tubuh beliau. Ketika kali pertama beliau bertemu dengan saya setelah lama berada di kampung, saya dapat merasakan 'aura' makhluk halus yang berada di dalam tubuh beliau.

Berbalik semula kepada rawatan yang saya lakukan ke atas En. A. Sebelum memulakan rawatan saya melakukan scanning ke atas En. A kerana saya tidak dapat merasa 'aura' makhluk halus seperti sebelumnya. Pendek cerita, saya dapat merasakan bahawa makhluk halus masih ada dalam tubuh En. A. Saya memulakan rawatan dengan meminta En. A membaca ikrar pemutus, mengucap dan istigfar terlebih dahulu.

Setekah bacaan ruqyah dibuat, saya memutuskan untuk melakukan dialog secara gerakan kaki. Melalui dialog tersebut saya dapati bahawa terdapat seekor jin saka beragama Islam. Saya memberi nasihat dan dakwah kepada jin saka tersebut dengan harapan jin tersebut sedar dan bertaubat kepada Allah SWT disamping meminta supaya ia keluar dari tubuh En.A. Walaubagaimanapun jin tersebut tetap berdegil untuk terus tinggal di dalam tubuh En.A.

Saya mengancam jin tersebut untuk membakarnya dengan izin Allah sekiranya ia masih berdegil. Setelah beberapa kali diancam, jin tersebut tetap terus berdegil. Dengan izin Allah saya bakar jin tersebut dengan Kalimah Tammah dan Ayat Kursi. Namun jin tersebut masih tidak mahu keluar. Setelah beberapa kali membakar jin tersebut dan merasakan jin tersebut sudah lemah saya tarik jin tersebut dan hantar ke Serambi Madinah. Alhamdulillah setelah di scan semula saya dapati jin saka tersebut sudah tiada lagi di dalam tubuh En. A. Saya akhiri rawatan dengan menyediakan air ruqyah untuk mandi dan minum.

Saturday, February 20, 2010

Merawat Kes Jin Asyik

Petang semalam saya didatangi oleh seorang sahabat saya Encik Z yang sebelum ini mengadu mempunyai masalah gangguan jin. Sebelum ini Encik Z pernah mendapatkan rawatan daripada beberapa orang perawat Islam. Alhamdulillah salah seorang dari perawat Islam berjaya memancung beberapa jin di dalam tubuhnya tetapi masalah beliau belum berakhir kerana masih terdapat beberapa jin yang masih tidak dapat dikeluarkan.

Dengan dibantu seorang sahabat yang lain yang juga merupakan seorang perawat Darussyifa, saya memulakan rawatan dengan ruqyah.  Setelah beberapa bacaan ruqyah dibuat, dapat dilihat reaksi pada tangan Encik Z. Saya memutuskan untuk berdialog secara gerakan jari kaki dan melalui dialog tersebut saya dapati terdapat lebih dari 10 ekor jin didalam tubuh Encik Z.

Ada juga jin yang bersedia untuk keluar lalu saya tarik mereka dan dihantar ke tempat yang sesuai. bagi jin-jin yang terus berdegil untuk terus tinggal di dalam tubuh Encik Z, saya bagi amaran akan meracun mereka sekiranya berdegil. Setelah empat kali saya mendesak tetapi jin-jin tersebut masih berdegil. Saya mengakhiri rawatan tersebut dengan mengenakan racun pada jin-jin yang berdegil. Air ruqyah disediakan untuk minum dan mandi. Encik Z diminta untuk datang 2 minggu lagi untuk rawatan ulangan.