Saturday, February 20, 2010

Merawat Kes Jin Asyik

Petang semalam saya didatangi oleh seorang sahabat saya Encik Z yang sebelum ini mengadu mempunyai masalah gangguan jin. Sebelum ini Encik Z pernah mendapatkan rawatan daripada beberapa orang perawat Islam. Alhamdulillah salah seorang dari perawat Islam berjaya memancung beberapa jin di dalam tubuhnya tetapi masalah beliau belum berakhir kerana masih terdapat beberapa jin yang masih tidak dapat dikeluarkan.

Dengan dibantu seorang sahabat yang lain yang juga merupakan seorang perawat Darussyifa, saya memulakan rawatan dengan ruqyah.  Setelah beberapa bacaan ruqyah dibuat, dapat dilihat reaksi pada tangan Encik Z. Saya memutuskan untuk berdialog secara gerakan jari kaki dan melalui dialog tersebut saya dapati terdapat lebih dari 10 ekor jin didalam tubuh Encik Z.

Ada juga jin yang bersedia untuk keluar lalu saya tarik mereka dan dihantar ke tempat yang sesuai. bagi jin-jin yang terus berdegil untuk terus tinggal di dalam tubuh Encik Z, saya bagi amaran akan meracun mereka sekiranya berdegil. Setelah empat kali saya mendesak tetapi jin-jin tersebut masih berdegil. Saya mengakhiri rawatan tersebut dengan mengenakan racun pada jin-jin yang berdegil. Air ruqyah disediakan untuk minum dan mandi. Encik Z diminta untuk datang 2 minggu lagi untuk rawatan ulangan.

No comments:

Post a Comment