Monday, January 25, 2010

Pembalasan tukang sihir?

Malam semalam saya menerima sms daripada sahabat saya yang mengatakan badannya rasa sangat lemah, sakit kepala dan panas. Adakalanya ketika sahabat ni baca surah Yasin ke ape ke dia ada terdengar bunyi kucing bergaduh. Bila stop baca kejap bunyi pun hilang. Pastu bila sambung baca Yasin balik bunyi kucing gaduh pun ada balik. Saya tanya dia samada dia dah buat teknik bakar batu bata kepada tukang sihir yang disyaki melakukan sihir ke atas sahabat karib dia. Katanya dia dah buat sekali beberapa hari yang lalu. Jadi saya mengesyaki sahabat saya ni telah di "fire" balik oleh tukang sihir. Nampak gayanya tukang sihir tu memang nak pulang balik apa yang sahabat saya dah buat padanya.
Sebenarnya sebelum ni sahabat saya ni pernah mendapat cadangan daripada seorang perawat Islam supaya melakukan teknik bakar batu bata kepada tukang sihir tersebut selepas perawat tersebut mengesyaki rakan kepada sahabat saya ni terkena sihir. Saya amat kagum dengan semangat sahabat saya ni yang sungguh bersemangat untuk meneruskan buat bakar batu bata bagi membantu rakannya. Apa-apa pun benteng diri kena buat supaya revenge tu tak sampai balik kepada kita. Apa2 pun InsyaAllah, semoga Allah bersama dengannya.

No comments:

Post a Comment