Wednesday, January 13, 2010

Selawat Tafrijiyyah


Terjemahan Selawat Tafrijiyyah:
"Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu".


Kaifiat mengamalkan Selawat Tafrijiyyah:
Seperti yang diterangkan dalam buku Risalah Doa oleh H. Djafar Sabran, selawat ini dipanggil Selawat Tafrijiyyah tetapi Ulama di Maghribi memanggil selawat ini sebagai Selawat Nariah. Syeikh Muhammad At-Tunisi menerangkan khasiat-khasiat selawat Tafrijiyyah ini antaranya:
1). Dibaca 11 kali setiap hari untuk memohon daripada Allah supaya dimurahkan rezekidan mendapat nama yang baik dalam pergaulan sesama manusia.
2). Dibaca 41 kali setipa hari selepas solat subuh mohon dimudahkan untuk mencapai hasil yang baik dalam setiap usaha.
Imam Qorthobi juga menerangkan bahawa:
1). Dibaca 100 kali setiap hari bagi memohon dilepaskan dari kedukaan, diluaskan rezeki, dibukakan pintu kebajikan, dihindarkan dari bahaya kelaparan dan kemiskinan, ditimbulkan rasa kasih sayang pada hati setiap insan.
2). Dibaca sebanyak 4444 kali dalam satu majlis bagi memohon ditunaikan hajat besar dan dilepaskan dari bala bencana yang sangat merbahaya.

Bagi para perawat Islam pula Selawat Tafrijiyyah sangat berkesan digunakan ketika merawat terutamanya ketika hendak memohon sesuatu daripada Allah seperti memohon senjata secara batin, memohon perlindungan dan lain-lain.



No comments:

Post a Comment