Wednesday, March 10, 2010

Merawat Kes Jin Saka

Hari ahad yang lalu saya ke Shah Alam merawat seorang pesakit En A yang sebelum ini mengalami sakit pada bahagian kaki yang membuatkan beliau tidak dapat berjalan. Setelah mendapat rawatan secara moden dan tradisional dari seorang perawat dikampung halaman beliau, kini En A sudah boleh berjalan seperti biasa.

Menurut En. A, penyakitnya sebelum ini adalah disebabkan oleh makhlus halus kerana tidak dapat dikesan dengan perubatan moden. Setelah mendapat rawatan tradisional dari seorang perawat dikampung, barulah ada perubahan pada diri En. A.

Walaupun En. A sudah pulih seperti biasa setelah beberapa bulan mendapakan rawatan, beliau masih dapat rasa ada pergerakan di dalam tubuh beliau. Ketika kali pertama beliau bertemu dengan saya setelah lama berada di kampung, saya dapat merasakan 'aura' makhluk halus yang berada di dalam tubuh beliau.

Berbalik semula kepada rawatan yang saya lakukan ke atas En. A. Sebelum memulakan rawatan saya melakukan scanning ke atas En. A kerana saya tidak dapat merasa 'aura' makhluk halus seperti sebelumnya. Pendek cerita, saya dapat merasakan bahawa makhluk halus masih ada dalam tubuh En. A. Saya memulakan rawatan dengan meminta En. A membaca ikrar pemutus, mengucap dan istigfar terlebih dahulu.

Setekah bacaan ruqyah dibuat, saya memutuskan untuk melakukan dialog secara gerakan kaki. Melalui dialog tersebut saya dapati bahawa terdapat seekor jin saka beragama Islam. Saya memberi nasihat dan dakwah kepada jin saka tersebut dengan harapan jin tersebut sedar dan bertaubat kepada Allah SWT disamping meminta supaya ia keluar dari tubuh En.A. Walaubagaimanapun jin tersebut tetap berdegil untuk terus tinggal di dalam tubuh En.A.

Saya mengancam jin tersebut untuk membakarnya dengan izin Allah sekiranya ia masih berdegil. Setelah beberapa kali diancam, jin tersebut tetap terus berdegil. Dengan izin Allah saya bakar jin tersebut dengan Kalimah Tammah dan Ayat Kursi. Namun jin tersebut masih tidak mahu keluar. Setelah beberapa kali membakar jin tersebut dan merasakan jin tersebut sudah lemah saya tarik jin tersebut dan hantar ke Serambi Madinah. Alhamdulillah setelah di scan semula saya dapati jin saka tersebut sudah tiada lagi di dalam tubuh En. A. Saya akhiri rawatan dengan menyediakan air ruqyah untuk mandi dan minum.

1 comment:

  1. Mohon bantuan saudara utk merawat saka pada nenek sy... Setakat ni tiada sorng pn brani buang saka trsebut... Bagaimna sy nk hubungi saudara?

    ReplyDelete