Tuesday, January 18, 2011

Umpama mimpi dalam mimpi

Ni kisah mimpi merawat saya. tapi bukan meraga sukma ye. just mimpi biasa je.

Lebih kurang sebulan yang lalu saya bermimpi melakukan rawatan ke atas seorang sahabat saya En. F yang sebelum ini pernah meminta saya memagarkan rumah tunangnya di Teluk Intan, Perak. Dalam mimpi tu saya ingat dengan jelas saya menjampi En.F dengan Surah Al-Baqarah, Ayatul Kursi dan Afahasibtum.

Ketika saya sedang membacakan Afahasibtum, tiba-tiba pesakit kerasukan dan lari lintang pukang. Apalagi kelam kabut saya mengejarnya. Semasa mengejar En.F yang sedang kerasukan tu, saya terfikir untuk melakukan pasung supaya dia tak dapat lari. Maka sambil berlari saya melakukan pasung Alif Lam Mim sambil mengisyaratkan menulis ayat tersebut pada En.F. 

Selepas memasung, En.F terus berhenti dan jatuh terlentang. Entah macam mana masa tu boleh berada kat hadapan sebuah masjid yang jemaahnya baru saja selesai solat. Saya yang baru tiba ke tempat En.F terbaring, terus mengambil sebatang kayu lalu saya letakkan di leher En.F untuk menyembelih jin yang terpasung tadi. Ketika itu juga terlintas dihati saya bahawa Nabi menyuruh kita mengarahkan jin keluar sebanyak 3 kali, jika jin masih berdegil maka barulah dibunuh. Jadi lepas teringat tentang tu, saya tak jadi sembelih. Dah. Setakat itu je mimpinya. Ada tafsiran apa-apa ke??hehe..

2 comments:

  1. hehehe...
    pasung alif lam mim yer?
    pernah gak mimpi guna pasung ni...bleh tahan...

    ReplyDelete