Maksudnya: "Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang hidup dan Maha Kaya, tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur, bagiNya sesuatu yang ada di langit dan dibumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali dengan izinNya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi dihadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit juga kecuali yang dikehendakiNya. Lebih luas kursinya dari seluruh langit dan bumi. Tidaklah susah bagiNya memelihara keduanya. Ia Maha Tinggi dan Maha Besar".
Ayat Kursi (Ayat Singgahsana) diturunkan pada suatu malam setelah hijrah. Menurut riwayat, ketika Ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengantarnya kerana kebesaran dan kemuliaan ayat ini. Dengan turunnya ayat ini pada ketika itu, syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu petanda yang akan menjadi penghalang perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W segera memerintahkan kepada penulis Al-Quran ketika itu iaitu Zaid Bin Tsabit untuk segera menulis dan menyebarkannya.
Terdapat 95 buah hadis yang menjelaskan tentang fadilat Ayat Kursi. Ayat ini kemudian disebut sebagai Ayat Kursi kerana terdapat perkataan kursi di dalamnya yang bermaksud singgahsana.
Singgahsana ini bukanlah bermaksud singgahsana bagi Allah tapi ianya adalah sebagai syiar tentang kebesaran Allah.
Friday, February 5, 2010
Ayat Kursi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment