Monday, February 1, 2010

Kaedah memagar rumah



Bulan Oktober tahun lepas rumah saya di Kuala Lumpur (rumah flat je) dimasuki pencuri. Ceritanya begini. Pada hari kejadian tu saya dan isteri masing-masing dah pergi ke tempat kerja. Lebih kurang dalam pukul 1 tengahari saya mendapat panggilan daripada isteri mengatakan rumah saya telah dipecahkan oleh pencuri hasil informasi daripada jiran sebelah rumah. Tidak lama selepas tu jiran sebelah rumah tersebut juga hubungi saya memberitahu perkara yang sama. Saya dengan perasaan bercampur-campur segera bergegas pulang ke rumah. Setibanya dirumah saya dapati grill bahagian hadapan telah dipatahkan manakala tombol pintu telah tercabut. Menurut jiran-jiran, memang sebelum tu mereka langsuang tidak dengar apa-apa bunyi bising. Malah jiran sebelah rumah juga manyangka saya pulang ke rumah pada tengahari tersebut kerana pintu terbuka. Pendek cerita hasil pemeriksaan dalam rumah Alhamdulillah saya mandapati takde apa-apa barangan yang hilang walaupun kamera digital dan wang syiling (anggaran dalam 2-3 ratus) telah diletakkan atas lantai. Barangan kemas yang isteri saya sorokkan tidak ditemui oleh penjenayah. Saya hairan kenapa penjenayah tersebut langsung tak ambil apa yang ada depan mata. Senang cerita orang tua cakap kalau tak dapat gading, tanduk pun jadilah. Walaubagaimanapun saya tetap membuat laporan polis supaya dapat mencari siapa penjenayah tersebut supaya tidak berlaku kepada orang lain.

Selepas beberapa hari kemudian baru saya terfikir sebenarnya beberapa hari sebelum tu saya pernah membuat pagar rumah untuk membenteng keluarga dan harta benda saya dari segala bentuk kejahatan. Jadi dengan pertolongan Allah, penjenayah tersebut tidak berjaya mengambil barangan tersebut.

Jadi saya bercadang untuk kongsi bersama pembaca tentang kaedah memagar rumah yang saya lakukan. Kaedah memagar yang saya lakukan tu mudah saja. Perlu diingatkan sebenarnya segala ayat atau doa yang dibaca itu tidak memberi sebarang kesan jika tanpa pertolongan daripada Allah. jadi anggaplah segala doa & niat itu adalah ikhtiar kita di dalam memohon pertolongan daripada Allah. Caranya ialah dengan berdiri di hadapan rumah (di luar rumah). Kalau tak boleh diluar rumah, di dalam rumah depan pintu masuk menghadap kedalam rumah juga boleh. Baca surah Al-Fatihah 1x dan ayat Kursi 1x. Hembuskan ke arah rumah dengan tiupan perlahan tetapi panjang sambil mengisyaratkan membuat pagar sekeliling rumah. Jangan lupa niat/doa dalam hati memohon kepada Allah untuk membina pagar. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment