APA perasaan anda apabila hasrat hati untuk pulang ke kampung, sering kali terencat disebabkan kewujudan penunggu pokok jejawi di satu-satunya jalan menghala masuk ke rumah. Inilah dilema dialami seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad setiap kali dia memutuskan untuk pulang melawat ibu bapa tersayang di sebuah perkampungan di Sungkai Perak. Sudah pasti, waktu malam menjadi pilihan untuk pulang ke kampung berikutan kekangan kerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat di Shah Alam.
Namun, rasa takut yang lebih ketara gara-gara kepulangan Ahmad sebelum ini pernah ‘disambut’ pontianak iaitu wanita berambut panjang, berbaju putih dengan tangan melambai-lambai di tepi pokok jejawi yang terletak di satu-satunya jalan masuk ke rumah orang tuanya. “Wajahnya amat menggerunkan. Saya boleh nampak dengan jelas siung dan biji matanya yang kemerah-merahan. Tuhan saja tahu betapa terkejutnya saya melihat kelibatnya yang muncul secara tiba-tiba. “Mujurlah ketika panik itu, saya masih sempat memecut laju kenderaan sehingga sampai ke rumah. Bapa saya yang terkejut mendengar bunyi brek dan melihat wajah pucat saya, sudah boleh mengagak apa puncanya,” kata Ahmad kepada penulis, baru-baru ini.
Ini kerana bapanya, Pak Salim yang bertugas sebagai imam, sudah menerima banyak aduan penduduk kampung, selain rungutan anak-anaknya mengenai penunggu pokok jejawi itu. Bukan saja pada waktu malam, malah pada siang hari, siapa saja yang melintasi pokok jejawi - sejenis sub spesies pokok ara yang mana pokoknya dilingkari akar panjang, boleh meremangkan bulu roma mereka yang memandang. Aduan yang diterima Pak Salim itu semua membabitkan subjek, pokok dan jelmaan sama - penunggu pokok jejawi yang ancamannya meniti dari bibir ke bibir dan ‘kemuncak’ usikan itu kian menjadi-jadi pada November lalu. Malah, Pak Salim yang bergelar ustaz itu pun pernah diganggu makhluk itu apabila motosikal yang dinaikinya tiba-tiba menjadi sebegitu berat dan sukar bergerak ketika pulang kira-kira jam 1 pagi selepas memberi ceramah di sebuah surau, tidak lama dulu. Pak Salim dan motosikalnya itu hanya dilepaskan selepas beliau terkumat kamit membacakan beberapa potong ayat suci bagi mengusir jelmaan pontianak berkenaan. “Takkan bapak nak biarkan begitu saja. Lagi kita biar, lagilah pontianak itu bermaharajalela mengganggu orang kampung. Ahmad yang jarang balik pun boleh kecut perut dibuatnya, inikan pula orang kampung yang kerap keluar masuk menggunakan jalan raya itu, termasuk ke masjid,” kata Ahmad, mengejutkan Pak Salim yang mengelamun seketika mengenangkan pengalaman buruknya diganggu makhluk itu. Wajah Ahmad sebegitu serius dan cuba memujuk bapanya segera bertindak mengusir gangguan itu serta temannya, si pokok jejawi berkenaan.
“Nantilah. Memang bapak dah terima banyak aduan. Tetapi selalunya, pokok dan tuannya itu mana boleh dihapuskan begitu saja. Kalau tak cukup ilmu di dada, mana kita boleh melenyapkan makhluk itu,” kata Pak Salim, menenangkan Ahmad. Keesokan harinya, selepas mengimamkan solat Subuh di masjid, Pak Salim memanggil dua sahabat karibnya, Pak Abu dan Pak Ali, bagi membincangkan gangguan itu. “Eh, kamu tak tahu ke, kan ada orang pernah cuba bakar pokok itu sebelum ini. Tetapi lain jadinya apabila dia pula yang jatuh sakit, demam seminggu,” kata Pak Ali. “Mana boleh pergi bakar macam tu saja. Mestilah ada adabnya apalagi pokok itu sudah lama ada penunggu. Jangan main-main, takut nanti lain yang dituju, lain pula jadi mangsanya. Pokoknya, kita tak boleh biar macam ini saja. Kacau nanti kalau semua orang tak berani keluar malam. Bimbang nanti, jemaah masjid penuh takat solat Isyak saja dan aktiviti selepas itu seperti ceramah, tak ada sambutan,” kata Pak Salim. Selepas berbincang lama, mereka akhirnya memutuskan untuk melakukan langkah drastik - menebang lalu membakar pokok jejawi berkenaan yang menjadi lubuk gangguan pontianak berkenaan. Mereka memilih pagi Isnin yang cerah. Selain Pak Salim, Pak Ali dan Pak Abu, mereka turut dibantu lima pemuda lain. Sebaik menjejakkan kaki, mereka diuji dengan bau busuk yang entah dari mana asalnya serta perasaan takut yang menegakkan bulu roma. Ia tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya mereka meneruskan usaha dengan didahului doa. Pada awalnya usaha mereka tidak ke mana kerana entah mengapa pokok berkenaan tidak boleh ditebang. Peralatan yang digunakan untuk tujuan itu tidak boleh digerakkan. Penduduk kampung cuma memandang antara satu sama lain. Tiada sebab pokok itu tidak boleh ditebang kecuali ada halangan yang tidak dapat dilihat mata kasar. Sebagai ketua misi menumbangkan pokok itu, Pak Salim tidak bertangguh lagi terus membaca ayat suci al-Quran, selain memohon doa supaya segala-galanya dimudahkan. Berkat kesabaran mereka, pokok itu akhirnya berjaya ditumbangkan dan dibakar untuk mengelak ia terus menjadi tempat persinggahan jelmaan itu. Kini penduduk kampung kembali aman kerana tiada lagi gangguan penunggu pohon jejawi itu.

Dipetik dari Berita Harian 18/02/2010
No comments:
Post a Comment