Kali ini saya bercadang untuk berkongsi pengalaman yang saya alami sekitar tahun 1998. Ketika itu saya masih remaja dan sedang belajar di sebuah institusi di Shah Alam, Selangor.
Suatu petang saya pergi ke rumah seorang sepupu saya yang tinggal di Ulu Langat. Setibanya dirumah sepupu saya tu dalam jam 6.30 petang, saya dapati rumahnya berkunci padahal sebelum tu dia beritahu akan sampai ke rumah dari tempat kerjanya dalam jam 6 petang. Saya pun pergi telefon dia guna public phone (masa tu handset belum meluas) dan dia kata akan sampai lewat sikit. Saya pun bergerak semula ke rumahnya dan duduk sambil menunggu di depan rumah.
Jam pun sudah melewati 7.15 malam namun saya masih lagi tercegat dihadapan rumah sepupu saya tersebut. Kemudian saya terdengar suara lelaki jiran sebelah rumah menyapa saya lalu mengajak saya masuk ke rumahnya kerana suasana sudah agak gelap dan azan magrib akan berkumandang pada bila-bla masa. Saya bersetuju dan terus masuk ke rumahnya.
Selepas berkenalan serba sedikit, lelaki tersebut yang berusia awal 30-an pada ketika itu dan sudah berkeluarga mengajak saya untuk solat magrib berjemaah dan makan malam. Selesai makan malam saya sempat berbual sementara menunggu sepupu saya tiba.
Jadi semasa berbual,tuan rumah tersebut yang saya tak ingat namanya, saya namakan Abang A saja disini tanya pada saya samada manusia akan mati atau tidak jika roh keluar dari tubuh. Saya yang hanya tahu sedikit tentang roh menjawab manusia akan mati. Abang A tu senyum je dengar jawapan saya. Lepas tu dia cakap "mari sini abang keluarkan roh kau nak tengok kau mati ke tak" macam tu la lebih kurang ayat yang keluar dari mulut Abang A. Alamak apa nak buat ni. Lutut dan menggeletar dah. Abang tu tenangkan saya dan saya pula dalam keberatan bersetuju jugalah. Dalam hati saya berdoa macam-macam bertawakal kepada Allah.
Saya diminta untuk membaca Al-Fatihah dan lepas tu Abang A membuka tapak tangannya di depan dada saya sambil mulutnya kumat kamit membaca sesuatu. Kemudian Abang A menggerakkan tapak tangannya ke sebelah saya. Pada masa tu saya rasa sejuk dan badan terasa lemah. Fikiran juga terasa kosong tapi saya masih mampu bercakap, masih waras, mampu mengawal diri dan yang paling penting saya tak mati hehe...
Pada masa tu juga Abang A kata dia nampak 'roh' saya disebelah saya tapi bila saya toleh kesebelah tak nampak apa-apa pun. Tak lama selepas tu Abang A memasukkan semula 'roh' saya tersebut dan saya pulih semula dengan serta-merta.
Jadi, apa yang berlaku ke atas saya ni masih menjadi tanda tanya adakah itu benar roh saya ataupun itu adalah 'Rawan' seperti yang tertulis dalam blog Darulsaka. Harap para pembaca yang tahu dapat memberikan ulasan disini. Sekian...
klu roh keluar mati la...pelik la..
ReplyDelete