Permainan kuda kepang adalah permainan tradisional yang begitu popular di Johor sehingga sekarang ini, biarpun ia semakin tidak diminati oleh generasi muda.
Ia mempunyai kaedah-kaedah, pantang larang dan upacara yang perlu dipatuhi, yang berbeza menurut apa yang dipelajari daripada guru-guru yang terlibat. Biarpun berbeza, namun umumnya ia hampir sama, iaitu melibatkan sajian, pemujaan, tarian, iringan alat muzik dan patung-patung kuda kepang yang digunakan ketika menari.
Dalam upacara membuka gelanggang, pada kebiasaan pawang duduk menghadap sajian, yang disebut sebagai sajen dalam bahasa Jawa. Bahan sajian ini berbeza. Buat masa sekarang ini, sajian tersebut begitu mudah.
Walaupun demikian pada masa dahulu, bahan yang disediakan begitu banyak termasuk kain putih, benang, jarum, bunga kenanga, kelapa muda, kemenyan, pisang emas, telur ayam, bedah, minyak wangi dan wang.
Gelanggang dibuka oleh pawang, atau ketua dengan membakar kemenyan dan memperasap bahan sajian, kemudian beliau menjemput roh kuda semberani datang bersama menjayakan permainan yang akan dipersembahkan. Di bawah ini diperturunkan sebahagian daripada mantera yang dituturkan.

Assalamualaikum
Ya Nini Dayang, Kiki Danyang
Seng manggoni kawasan iki
Aku jalok sawap pandanganne
Yo, yo. ya Allah, ya Allah
Aku dikongkon bukak gelanggang iki
Biso podo selamat kabeh
Wong seng main jarangsemberani iki
Kabeh sak enengi
Ya yo, ya Allah, ya Allah.
Yang dimaksudkan dengan ``Nini Dayang'' dan ``Kiki Danyang'' dalam ungkapan ini ialah makhluk-makhluk halus, ataupun jin-jin yang menghuni atau menguasai tempat berkenaan, di mana persembahan tersebut diadakan.
Kerana itu sebelum memulakan persembahan keizinan daripada makhluk ini dipohon, agar ia tidak marah, dipanggil untuk menikmati sajian yang dihidangkan. Selain daripada Nini Dayang dan Kiki Danyang di bumi, keizinan daripada makhluk-makhluk halus yang menghuni langit juga diminta.
Pawang berdiri di tengah-tengah gelanggang, mendongakkan kepalanya ke atas melihat kayangan dan membaca mantera berikut:
Ya Nini Dayang, Kiki Danyang
Seng manggone awang-awangan
Seng jenenge Jaran SemberaniA
ku njalok turun semurup
Supoyo seng main Jaran Semberani iki
Podo selamet kabeh
Yo yo.
Bi `s-mi `llahi `r-rahmani `r-rahim
Kerusi belakangku, mutu jalil dipangku
Kadimu kananku, kan juga naiiranya empat
Ojo merosak, ojo membinasa ahli kumpulan aku.
Dalam mantera ini, setelah sajian disediakan, jin-jin bernama ``Jaran Semberani'' yang dikatakan menghuni kayangan diminta turun ke bumi, memohon kepadanya agar melindungi mereka yang terlibat dengan permainan kuda kepang, para penonton yang datang menyaksikan persembahan, juga agar makhluk ini meresap dalam tubuh para penari membolehkan menari tarian kuda kepang.
Menurut seorang informan selepas pawang memanggil makhluk ini turun ke bumi, pawang memperasap semua alat muzik, lalu akhirnya memberi isyarat kepada ketua kumpulan memulakan persembahan. Gong dipukul tiga kali diikuti oleh alunan muzik lain. Setelah itu pawang duduk di tepi gelanggang menyaksikan permainan.
Keadaan tidak sedarkan diri atau ``lupa'' berlaku tidak lama setelah permainan dimulakan. Penari yang naik syeikh akan terpisah daripada kumpulannya. Mata mereka yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda.
Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan gong yang dipalu.
Mereka yang begitu asyik, menghayati bunyi-bunyian muzik, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan tarian ini akan berasa adanya satu tarikan menyeluruh pada diri dan minda apabila terdengar bunyi muzik berkenaan terutama bunyi gong dan gendang.
Menurut seorang pawang yang mengepalai kumpulan ini, ada pemain kuda kepang yang masih berada di rumah, meninggalkan meja makannya dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri, mengayuh basikal menuju ke gelanggang dan terus menari setelah diberi patung kuda kepang, padahal ia ketika itu hanya berkain pelekat.
Tidak semua penari berada dalam keadaan lupa atau naik syeikh. Mereka yang tetap dalam keadaan normal akan memberhentikan tariannya lalu duduk berehat di tepi gelanggang, atau membantu bomoh menjaga penari lain yang berada dalam keadaan lupa daripada merempuh keluar gelanggang atau melakukan aksi yang boleh memudaratkan orang lain atau diri sendiri.
Penari yang sedang naik syeikh mesti dipegang kuat oleh beberapa orang pengawal bergantung kepada kekuatan penari yang terus-menerus bergerak menurut alunan muzik yang dimainkan. Anggota yang mesti dipegang supaya tidak bergerak ialah kedua-dua belah kaki, tangan dan juga kuda.
Penari akan rebah dan senyap sebentar, kemudian sedarkan diri sendiri. Di antara jampi yang dibaca oleh pawang untuk tujuan ini berbunyi:
Bi `s-mi `llahi `r-rahmani `r-rahim
Malaikat wadi wadi manikam
Sing jogo darang tulangKulit tulang
Pulih podo bahaya
Bukan aku kabeh jampi
Bukan aku punya tangkal
dengan kalimah sudah tiba
berkat doaLa ilaha Illa `llahMuhammad `r-rasulullah.
Jampi ini dimulakan dengan menyebut bismillah, bermakna ``dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi.'' Setelah menyebut bismillah tadi, ia diikut dengan seruan kepada ``malaikat wadi wadi manikam''. Kalau dilihat sepintas pandang, ia kelihatan seumpama menyeru malaikat. Dalam pembelajaran ilmu tauhid, tidak ada nama malaikat yang dinamakan ``malaikat wadi wadi manikam.''
Yang dimaksudkan dengan ``malaikat wadi wadi manikam'' itu ialah jin-jin yang diseru tadi, yang dikatakan sebagai penghuni kayangan, diseru agar meresap dalam tubuh penari, membolehkan para penari, menari tarian kuda kepang.
Apa yang dihajati sebenarnya berlaku, kerana sebahagian daripada mereka yang terlibat menjadi tidak sedarkan diri, atau separuh tidak sedarkan diri, dalam keadaan ``naik syeikh,'' akibat daripada resapan makhluk jin yang diseru tadi.
Kerana itu, untuk memulihkan penari yang dalam keadaan tidak sedarkan diri tadi, jin yang meresap dalam darah, tulang dan kulit, keluar membolehkan penari dalam keadaan biasa, ``pulih podo bahaya.''
Awal jampi disebut bismillah. Kemudian dituruti dengan seruan kepada jin-jin yang meresap dalam tubuh agar keluar. Namun kerana ia menggunakan nama malaikat iaitu ``Malaikat wadi wadi manikam,'' maka ia menjadikan lahirnya kecelaruan untuk ditafsirkan oleh pendengar, juga oleh mereka yang menuturkan sendiri.
Perbuatan seperti ini dinamakan sebagai istihza atau persenda, di mana seseorang itu menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani sebelum memanggil jin-jin. Keadaan menjadi lebih tidak menentu apabila ungkapan mantera atau jampi berkenaan diakhiri dengan kalimah syahadah, seperti yang terdapat dalam contoh yang disertakan di atas.
Kebanyakan penari yang berada dalam keadaan menurun, yang diistilahkan sebagai ``lupa'', ``naik syeikh'', ``mabuk'' atau ``khayal'' tidak sedarkan diri apa yang mereka lakukan. Tenaga menjadi bertambah dan berupaya melakukan perbuatan yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan normal.
Allah menyuruh setiap orang yang beriman itu agar menjauhkan diri daripada jin-jin, iblis dan syaitan kerana tipu daya makhluk ini amat besar. Allah menjelaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata. Kerana itu, dalam keadaan apa sekalipun anggaplah makhluk ini sebagai musuh.
Walaupun demikian, dalam persembahan ini, makhluk-makhluk tersebut, seperti yang dijelaskan dalam jampi mantera juga upacara yang dilakukan. Mereka yang terlibat telah meminta jin-jin yang menghuni tempat di mana persembahan itu dilakukan agar datang melindungi para pemain, para penonton dan segala-galanya agar persembahan berjalan lancar jauh daripada berbahaya daripada gangguan iblis dan syaitan juga manusia.Selain daripada itu mereka yang terlibat juga memuja makhluk tersebut meresap, sebati bersatu dalam tubuh penari membolehkan mereka menari.
Untuk memudahkan makhluk ini datang, sajian, yang dipanggil sajen yang terdiri daripada pelbagai bahan makanan disajikan untuk makhluk-makhluk ini.Mereka yang terlibat, yang melakukan upacara seumpama ini berkeyakinan bahawa jin-jin itu berupaya menolong manusia, memelihara manusia dan membolehkan para pemain menari berkeyakinan bahawa makhluk ini mempunyai kekuatan atau kudrah untuk berbuat demikian, padahal zat yang berkuasa atau mempunyai kudrah yang sebenar ialah Allah.
Dengan demikian ini bererti bahawa orang yang berkenaan telah menyamakan kudrah Allah dengan kudrah makhluk yang baru, iaitu jin-jin yang dipuja datang itu.Perbuatan ini dinamakan ``syirik'' atau syirik dalam sebutan lidah Melayu. Orang yang terlibat dengan perbuatan seumpama ini dinamakan ``musyrik'' sekiranya seorang ataupun musyrikin atau musyrikun sekiranya mereka ramai. Dosa syirik tidak diampuni oleh Allah.Allah menjelaskan bahawa amalan seperti ini, di mana manusia itu memohon perlindungan kepada jin-jin memang wujud.
Maka jin-jin itu akan menambahkan lagi kesesatan mereka. Dalam surah al-Jinn: 6 dijelaskan: Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki kalangan jin, maka jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan.Dalam surah an-Nisa': 38 dijelaskan: Barang siapa syaitan itu menjadi temannya maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.

Petikan daripada:Dr. Amran Kasimin
Mingguan Malaysia
No comments:
Post a Comment